Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang lesap dilarikan penjenayah akan diganti semula sebelum bermulanya sesi persekolahan pada Mac.<br /><br />Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM sememangnya terkilan dengan insiden berkenaan namun akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung gantian wang berkenaan.